Keluarga daif tinggal dalam dangau
Keluarga daif tinggal dalam dangau
Mohd. Ridzuan dan Norshafizawati bersama bayi mereka berusia 15 hari tinggal di sebuah dangau di Kampung Pecah Gadong, Pokok Sena.
ALOR SETAR – Kesempitan hidup menyebabkan sepasang suami isteri dan dua anak mereka termasuk seorang bayi berusia 15 hari terpaksa tinggal di sebuah dangau yang dibina sendiri di Kampung Pecah Gadong, Jalan Kuala Nerang di Pokok Sena di sini.
Dangau yang dibina dengan menggunakan kayu hutan dan kanvas itu menjadi tempat berteduh pasangan suami isteri, Mohd. Ridzuan Ismail, 36, dan Norshafizawati Shaari, 33, serta dua anak mereka sejak 10 bulan lalu.
Norshafizawati yang baru melahirkan anak kelimanya, Puteri Karissya Amara pada 1 Januari lalu itu kini menjalani tempoh berpantang di dangau tersebut.
Menurut Norshafizawati, dia dan suami membuat keputusan untuk berpindah ke dangau selepas rumah yang didiaminya sebelum ini sudah terlalu ramai penghuni.
“Sebelum ini seluruh keluarga termasuk ibu bapa saya menumpang rumah ibu saudara yang terletak berdekatan dan lama kelamaan keadaan menjadi agak sesak.
“Jadi, saya dan suami buat dangau kecil untuk kami sekeluarga berteduh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, dangau itu hanya dihuni dia bersama suami dan dua anak berusia enam tahun dan bayi manakala anak berusia 10 tahun tinggal dengan neneknya sementara dua lagi berusia 12 dan 13 tahun tinggal di Kompleks Asrama Anak Yatim dan Miskin Baitul Ehsan di Kampung Perik, Padang Terap dekat sini.
“Pada waktu malam, saya akan hantar bayi untuk tidur dengan neneknya di rumah ibu saudara atas faktor keselesaan dan keselamatannya memandangkan ada beberapa kali ular dan kala jengking ditemui di sini,” ujarnya.
Sementara itu, suaminya Mohd. Ridzuan berkata, dia kesal kerana tidak mampu untuk menyediakan rumah yang selesa buat isteri dan anak-anaknya kerana masalah kewangan.
“Saya menyara keluarga dengan menoreh getah dan mencari ulam untuk dijual dan pendapatan yang diperoleh tidak menentu antara RM400 hingga RM600 sebulan,” katanya.
Bagi yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd. Ridzuan di talian 013-8973 640. – K! ONLINE
The post Keluarga daif tinggal dalam dangau appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VXydT3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment