TM Tidak Lagi Menawarkan Set Kotak Unifi TV Kepada Pelanggan
Apabila melakukan langganan Unifi, pelanggan turut akan menerima set kotak Unifi TV (dahulu dikenali sebagai HyppTV). Ini membolehkan mereka menonton rancangan TV yang ditawarkan di dalam pakej yang dilanggan. Menurut laporan LowYat.net pagi ini, TM tidak akan lagi memberikan set kotak TV kepada pelanggan bermula Januari 2019.
Pengumuman dilakukan di dalam dokumen FAQ pada laman rasmi TM. Walaupun set kotak TV tidak lagi diberikan secara percuma, pengguna masih boleh menstrim kandungannya menerusi aplikasi PlayTV@unifi untuk telefon pintar dan tablet. Menurut dokumen yang sama, perubahan tabiat pengguna yang kini menstrim kandungan dari peranti pintar membuatkan tiada lagi keperluan untuk memberikan set kotak kepada pelanggan.
Secara peribadi kami sendiri tidak lagi memasang kotak Unifi TV di rumah dan memang menonton menggunakan aplikasi. Bagaimana pula dengan anda?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VZMrCM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment