Jam Tangan Pintar Android Wear Mula Menerima Kemaskini Wear OS 2.3
Wear OS adalah sistem operasi Android untuk jam tangan pintar. Ia hadir dengan rekaan yang lebih intuitif, lebih lancar dan lebih fokus kepada kesihatan.
Terkini, Wear OS 2.3 dilihat sudah diedarkan oleh Google kepada beberapa jam tangan pintar Wear OS. Antara perkara baru dalam Wear OS 2.3 adalah kemaskini terhadap Home App kepada versi 2.21. Berikut adalah changelog yang diperoleh dari seorang ahli reddit;
- Skrin utama kini lebih stabil.
- Penggunaan bateri kurang 10% apabila dalam mod ambient.
- Sokongan per-pixel burn-in untuk skrin OLED (beta)
Kemaskini ini dilihat diedarkan secara berperingkat, jam tangan pintar Montblanc Summit 2, Fossil Sport dan beberapa TicWatch telah menerima sokongan ini. Tetapi TicWatch C2 yang saya gunakan dilihat masih belum terima kemaskini ini dan masih lagi menjalankan Wear OS 2.2 (H).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SXq1jR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment