“Mak Cik Tawakal je” Doktor Muda ini Tepuk Dahi Melihat Kebod0han Makcik Ini yang Bertindak Melawan Nasihat Doktor.
Hampa ingat Perubatan Ustaz Tok Bomoh jampi jampi tu saja ka perubatan Islam? Habistu doktor pakar kat Hospital tu Perubatan Yahudi ka macamana? Tahu tak Hospital pertama di dunia diasaskan oleh Khalifah Harun Ar Rasyid di Baghdad ? 🙁
gambar hiasan.
“Puan dah dua kali caesar, puan plan nak ambil perancang apa?”
Aku tanya pada seorang pesakit yang baru lahirkan anak secara pembedahan buat kali kedua. Sudah melepasi hari ke 56, sudah habis pantang. Patut sudah ambil perancang.
“Rasa macam nak ambil implanon.. tapi tak tahu lagi. Saya nak ambil kat KL nanti”
Dia tersengih-sengih depan aku.
“Nanti tu bila?”
“Hujung bulan 2 saya balik KL”
“Hmm”
Aku menggaru kepala yang tak gatal. Dua bulan lagi.
“Bahaya tu puan. Boleh ‘accident’ nanti. Silap-silap mengandung sebelum dapat implanon”
Sengaja aku katakan dengan nada gurau padanya. Sebelum aku terangkan apa yang perlu kemudiannya.
Dia pun berseloroh juga. Aku tak pasti sama ada dia faham atau tidak bahawa dia perlu jarakkan kelahiran seterusnya.
Maka aku terangkan mengapa dia perlu ambil perancang dan biar rahim ‘berehat’ dua tahun.
Ditambah pula dia telah diberitahu bahawa dinding rahimnya memang telah nipis. Diberi option untuk ‘ikat’, tapi dia tak mahu. Maka perlu untuk rancang sebaiknya supaya rahim yang masih basah benang berjahit itu, sembuh dan bercantum sepenuhnya sebelum membesar dan cekang semula.
Silap haribulan kalau benang pun tak kering habis, luka tak cantum, tiba-tiba dah membesar semula dengan bayi di dalamnya, boleh pecah rahim. Ini bukan drama. Memang ada berlaku dan telah meragut nyawa.
“Hmm ok lah. Saya rancang dulu. Saya rancang sendiri boleh?”
Aduh.
Aku terangkan lagi.
Akhirnya dia bersetuju untuk ambil suntikan perancang sebelum mendapatkan implanon.
Dalam hati aku sedikit lega.
.
Ps : gambar rahim pecah dan kaki comel di dalamnya
Kadang-kadang aku sendiri kecewa dengan mentaliti sesetengah orang yang ‘alim ulama’, katanya rezeki jangan ditolak. Kan anak-anak tu rezeki? Kenapa nak elak?
Malah ada yang kata, kalau rancang kehamilan sama macam tolak pemberian, dan sama macam berlagak nak jadi Tuhan.
🤧
.
Bahaya benar jika kita mempertunggangkan agama hingga belakangkan ilmu yang seharusnya dipelajari di dunia.
Ilmu medik bukan ilmu yahudi.
Tapi sains itu adalah dari Allah sendiri.
Jika ada luka yang besar, ia perlu dijahit. Dan jika dijahit, sunnatullahnya ada masa yang ia perlukan untuk sembuh. Bukannnya magis, harini bedah, esok dah cantum semuanya.
.
Ramai yang salah faham dan berserah pada takdir tanpa berusaha. Yang lebih bahaya, bila berserah dan kemudiannya memudaratkan nyawa. Bukan nyawa seorang, malah dua.
Ingat, Islam dah ajar kita,
“Ikat dahulu unta, kemudian bertawakallah”
Kisah ini berlaku masa sahabat masuk masjid tapi tak ikat unta. Rasulullah tanya kenapa tak ikat. Dijawab sebab tawakal pada Allah. Lalu apa nabi cakap? – ikat dahulu unta kemudian bertawakallah.
.
Kalau semua benda kita nak serah pada Allah untuk buat kerja Dia, tapi kita tak buat kerja kita, bukankah sombong namanya?
Dan kalau semua semudah berserah,
Maka pandulah kereta dengan memejam mata.. dan biar takdir yang membawa kita ke mana-mana, hatta ke dalam gaung pun, sudah takdir dariNya.
.
Bukan sekali dua aku melihat manusia yang ‘berserah pada takdir’ hingga mudarat datang kepadanya. Sedangkan ilmu Allah suruh cari, belajar, dan berusaha.
Maka,
Janganlah disulitkan apa yang mudah yang Allah telah gariskan pada kita.
Even kenapa Allah cakap menyusu anak selama dua tahun pun ada sebabnya. Sampai tercatat dalam al quran, susuilah anak hingga dua tahun.
Pasti ada sebabnya. Natural contraception. Jarak dua tahun. Untuk fizikal, emosi, dan pembentukan anak-anak itu sendiri yang sebenarnya segala tips di dunia pun takkan mampu bagi pada kita.
.
Semoga dapatlah mesej sebelum tidur hari ini;
Dalam apa jua aspek hidup,
Jika benar hidup sebagai hamba, berusahalah dahulu kemudian bertawakkallah.
080118
Alifnunwau Nymous
The post “Mak Cik Tawakal je” Doktor Muda ini Tepuk Dahi Melihat Kebod0han Makcik Ini yang Bertindak Melawan Nasihat Doktor. appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2G0Q463
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment