Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy A9 Pro Diperkenalkan Dengan Skrin Berlubang – Variasi Galaxy A8s Untuk Pasaran Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy A9 Pro Diperkenalkan Dengan Skrin Berlubang – Variasi Galaxy A8s Untuk Pasaran Global

Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan Galaxy A8s untuk pasaran China. Kini, pengeluar Korea Selatan berkenaan turut telah melancarkan Galaxy A9 Pro – yang mana dilihat sebagai penawaran telefon pintar yang lebih kurang sama, tetapi untuk pasaran global.

Galaxy A9 Pro hadir dengan penggunaan skrin berlubang, dinamakan Samsung sebagai paparan Infinity-O. Samsung tidak menyatakan spesifikasi penuh untuknya, tetapi jikalau mengikut Galaxy A8s, ia hadir menggunakan skrin 6.39-inci, dijana cip Snapdragon 710 dan memori sehingga 6GB RAM.

Samsung Galaxy A9 Pro

Samsung Galaxy A9 Pro

Untuk rakaman gambar, Samsung Galaxy A9 Pro hadir dengan kamera swafoto 24-megapixel, selain dwi-kamera belakang gabungan 24-megapixel + 5-megapixel telefoto. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 3400mAh.

Buat masa ini, Samsung telah mengumumkannya untuk pasaran global. Kita mungkin melihat peranti berkenaan dipasarkan dinegara-negara lain tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2S84k3g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.