Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polestar Memperlihatkan Sistem Operasi Kereta Yang Berasaskan Android - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polestar Memperlihatkan Sistem Operasi Kereta Yang Berasaskan Android

Kereta semakin pintar dan sedang dibangunkan untuk mempunyai kemampuan swapandu tahap ketiga. Pada tahap ini tiada campur tangan manusia diperlukan untuk ia pergi dari destinasi A ke B. Tetapi seperti zaman awal perisian, sistem kawalan kereta pintar sedang mengalami masalah mencari antaramuka yang paling mesra pengguna. Polestar ialah anak syarikat Volvo yang menghasilkan kenderaan elektrik. Mereka telah memperlihatkan ataramuka kenderaan terbaru mereka yang menggunakan sistem operasi berasaskan Android,

Dengan kerjasama Google, Polestar 2 akan menggunakan sistem operasi Android dengan rekaan minimalis yang mirip sebuah telefon pintar. Perbezaan terletak pada empat kategori utama pada bahagian atas iaitu kamera, aplikasi, profil pengguna dan sistem kereta.

Pada skrin utama pengguna boleh mengakses sistem navigasi Google Maps, pemain Play Music, melihat status telefon pintar peribadi yang ditambat serta agenda harian terus dari Google Calender.

Terdapat talam yang boleh ditarik ke bawah pada bahagian atas untuk pintasan kepada WiFi, Google Assistant, Bluetooth dan tetapan lain. Sebuah lagi talam yang ditarik ke atas pula menyimpan skrin sistem pendingin hawa.

Kerana ia berasakan Android, pelbagai aplikasi boleh dimuat turun dari Play Store. Ia kemudian boleh disusun mengikut kategori oleh pengguna sendiri bagi mengelakkan semak pada skrin. Bagi pengguna yang telah biasa dengan sistem operasi Android, antaramuka yang digunakan oleh Polestar 2 ini mudah digunakan. Anda boleh mencuba sendiri antaramuka ini menerusi pautan di bawah.

Cuba antaramuka berasaskan Android kereta pintar Polestar 2



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TaE5qh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.