Touch ID Bakal Digunakan Untuk Pengesahan Identiti Sebelum Mengisi Maklumat Peribadi Pada MacBook
Sudah menjadi lumrah proses menaip maklumat peribadi di lalam web seperti nama penuh, alamat rumah dan telefon adalah sedikit melecehkan. Jadi kebanyakan pelayar mempunyai fungsi auto-isi yang menyimpan data pengguna bagi memudahkan proses ini. Tetapi jika komputer diakses oleh pihak ketiga, ia mungkin mendatangkan masalah penipuan identiti.
Menurut laporan dari iMore, kelak sistem TouchID perlu digunakan terlebih dahulu sebelum pelayar melakukan proses auto-isi pada pelayar Safari. Fungsi ini ditemui pada tetapan TouchID sistem operasi macOS Mojave 10.14.4 Developer Beta 1 yang baru sahaja diberikan. Sebelum ini TouchID pada MacBook hanya menyokong sistem nyahkunci skrin, pembelian di Mac App Store dan pembelian menggunakan Apple Pay.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2sKyECR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment