Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Akhirnya Mengalah, iPhone 7 Dan iPhone 8 Di Jerman Akan Menggunakan Cip Daripada Qualcomm - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Akhirnya Mengalah, iPhone 7 Dan iPhone 8 Di Jerman Akan Menggunakan Cip Daripada Qualcomm

Sepanjang penghujung tahun lepas, iPhone dan Qualcomm mempunyai banyak isu sehinggakan Qualcomm berjaya menghalang penjualan iPhone di China. Terkini, Apple nampaknya mengalah dengan Qualcomm dan terpaksa menggunakan cip yang diperbuat daripada mereka.

Pada bulan Januari lalu, selain daripada China – Qualcomm berjaya mengharamkan penjualan iPhone di Jerman. Perkara ini menyebabkan Apple terpaksa mengubahsuai komponen buat iPhone 7 dan iPhone 8 untuk membenarkan dua peranti ini dijual semula di Jerman. Kini, untuk menjual semula dua model iPhone ini – Apple terpaksa menggunakan cip modem dari Qualcomm agar ia boleh dijual dan dibeli di Jerman.

Apple iPhone 8

Sebelum ini, iPhone 7 dan iPhone 8 memang sudah menggunakan cip modem dari Qualcomm dan juga Intel. Tetapi sejak iPhone-iPhone 2018 dilancarkan, Apple hanya gunakan cip modem dari Intel. Jadi, kesemua iPhone 7/8 yang dijual di Jerman akan menggunakan cip modem dari Qualcomm dan bukan model yang menggunakan cip Intel.

Akan tetapi, jualan iPhone yang menggunakan cip modem Qualcomm ini hanya boleh dibeli secara atas talian dan belum boleh dibeli di kedai-kedai fizikal.

Sumber: Phonearena, melalui WSJ



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2tmPpUU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.