Hi! Welcome Back and Stay Tune! Haiwan Peliharaan Kini Boleh Ditinggalkan Dengan Selamat Di Dalam Kereta Tesla - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Haiwan Peliharaan Kini Boleh Ditinggalkan Dengan Selamat Di Dalam Kereta Tesla

Negara di hemisfera utara kini sedang mengalami musim sejuk. Hanya beberapa minggu sahaja yang lalu kitaran polar menyebabkan suhu menjunam dengan mendadak mengakibatkan kematian manusia dan juga haiwan. Satu masalah dunia pertama yang kerap kami lihat ialah haiwan yang ditinggalkan di dalam kereta ketika membeli belah. Ini turut boleh mengakibatkan kematian kerana suhu panas atau sejuk melampau.

Tesla semalam mengaktifkan dua mod baharu pada kenderaan mereka. Mod anjing membolehkan haiwan peliharaan ditinggalkan di dalam kereta ketika pemilik membeli belah. Suhu di dalam kabin kenderaan akan dipantau dengan sistem penyejuk atau pemanas sentiasa aktif. Pada skrin LCD kenderaan, suhu serta mesej yang mengatakan anjing di dalam kenderaan adalah selamat akan dipaparkan bagi mengelakkan kerisauan orang ramai yang lalu lalang.

Mod Sentry turut diaktifkan. Ia meletakkan kenderaan dalam keadaan berjaya-jaya. Apabila ia mengesan pergerakan individu yang mencurigakan, notifikasi akan dihantar kepada pemilik. Apabila cermin dipecahkan, ia akan mula merakam video dari segala sudut dan membunyikan penggera serta sistem audio pada tetapan paling kuat.

Kemas kini akan diterima pemilik Model 3 di Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum diberikan kepada Model S dan Model X yang dihasilkan selepas Ogos 2017. Mod anjing baharu ini mungkin direka untuk anjing tetapi turut boleh digunakan pada haiwan peliharaan lain dan anak kecil. Ia dapat mengelakkan tragedi anak kecil mati kepanasan yang kerap berlaku tahun lalu di negara kita.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2tl2ttY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.