Facebook Akan Mula Menyaring Kandungan Pergerakan Anti Vaksin
Media sosial ialah platform yang paling popular dalam penyebaran maklumat. Saya yakin pagi ini di dalam WhatsApp atau kumpulan Facebook anda menemui beberapa maklumat yang dipanjangkan tanpa terlebih dahulu diperiksa kesahihannya. Antara maklumat palsu yang semakin mendapat sokongan disebabkan oleh media sosial ialah pergerakan anti vaksin.
Ini menyebabkan wabak yang sepatutnya terkawal kini kembali meragut nyawa. Di Amerika Syarikat wabak campak sedang berleluasa kerana bilangan kanak-kanak yang tidak mengambil suntikan imunisasi MMR meningkat. Dakyah anti vaksin ini semakin berleluasa dengan kumpulan khusus dibuka di Facebook dan video mengenainya disarankan kepada penonton YouTube.
Facebook kini akan mengambil langkah menyaring kandungan anti vaksin di platform mereka selepas menerima surat terbuka dari ahli kongres yang risau dengan penyebaran fakta palsu kepada umum. Mereka akan mengambil langkah dengan membuang, tidak mempromosikan dan merendahkannya di laman carian pengguna yang mencari maklumat anti vaksin.
Masalah yang berlaku di Amerika Syarikat juga berlaku di Malaysia. Tahun lalu beberapa orang kanak-kanak meninggal dunia kerana difteria kerana ibu bapa adalah pengikut pergerakan anti vaksin. Kematian juga berlaku ke atas beberapa bayi akibat petusis yang vaksinnya diberikan percuma kepada semua rakyat Malaysia.
Apa yang kami sedari saringan di media sosial lebih tertumpu kepada kandungan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu kandungan anti vaksin, teori konspirasi dan bumi rata bermaharajalela di negara kita. Lebih memalukan insan anti sains ini terdiri dari golongan selebriti yang kemudiannya dipaparkan pula di media arus perdana.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UTHNFg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment