Mark Zuckerberg Pernah Mempertimbangkan Untuk Mengambil-Alih Enjin Permainan Popular, Unity
Mark Zuckerberg, CEO Facebook telah sedia mempunyai sejumlah syarikat popular dibawah portfolio mereka, termasuk Instagram, WhatsApp, dan juga pembangun peranti realiti-maya, Oculus. Menariknya, kini melalui sebuah buku baru, ia turut didedahkan yang mana Facebook turut pernah mempertimbangkan untuk mengambil-alih Unity.
Unity merupakan salah satu enjin permainan popular yang digunakan ramai pembangun pada permainan mereka. Mark Zuckerberg dikatakan merancang untuk mengambil-alih Unity dalam usaha mengukuhkan kedudukan Facebook dalam arena realiti-maya, selain memastikan pelbagai integrasi bersama Oculus dan lain-lain dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh dan pantas.
Perancangan ini diperlihatkan melalui sebuah emel yang dihantar pada 2015 yang lepas.
Walaubagaimanapun, hal berkenaan tidak berlaku. Berkemungkinan kerana kos untuk pengambil-alihan berkenaan mungkin tidak dapat diwajarkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UYKipD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment