Fungsi FaceTime Berkumpulan Akan Kekal Dinyah-aktifkan Pada Peranti Dengan iOS 12.1.3 Ke Bawah
Pepijat pada FaceTime yang ditemui minggu ini mengakibatkan pengguna audio pengguna didengari dan video dilihat tanpa panggilan diangkat terlebih dahulu. Ia dipandang amat serius sehingga Apple menyahkatifkan fungsi FaceTime berkumpulan sehingga tampalan sekuriti diberikan pada iOS 12.1.4 kelak.
Apple turut mengeluarkan permohonan maaf semalam kepada pengguna yang terjejas dengan pepijat ini. Menurut laporan MacRumors, selepas ini peranti yang tidak dikemaskini ke iOS 12.1.4 tidak akan dapat menggunakan sistem FaceTime berkumpulan pada iPhone, iPad dan iPod Touch. Pengguna yang mahu menggunakan fungsi ini harus mengemaskini ke versi terkini iOS. Tidak maklumat mengenai tampalan FaceTime untuk macOS buat masa ini yang turut terjejas.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Skg5Uj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment