Pemasangan Windows 10 Akan Memaparkan Lebih Maklumat Dalam Memudahkan Anda Melakukan Semakan Ralat
Pada sistem operasi Windows hari ini, kebiasaannya ia akan memaparkan masalah ralat sistem dalam bentuk angka kod – sekaligus sering menyukarkan pengguna memahami masalah sebenar yang dihadapi sistem komputer mereka. Hal ini dijangka akan berubah tidak lama lagi.
Melalui WinFuture, pihak Windows kini berkongsi, melalui kemaskini akan datang Windows 10, sistem operasi berkenaan akan memaparkan maklumat ralat yang lebih terperinci. Buat masa ini, ia sekadar ketika pemasangan sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperlanjutkan apabila sistem menghadapi masalah skrin biru atau sebaliknya.
Melalui paparan baru ini, ia akan memperlihatkan apakah yang membawa kepada masalah, dan membolehkan pengguna mengambil tindakan terus melalui skrin berkenaan.
Buat masa ini, paparan ini lebih ditujukan kepada pengguna yang membuat naik-taraf daripada sistem komputer sedia ada kepada Windows 10. Ciri ini dijangka diperkenalkan kepada semua melalui kemaskini Windows 10 bulan April kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Gg6Hec
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment