Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komputer Riba Lenovo Legion Y740 Dengan GPU GeForce RTX Mula Ditawarkan Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komputer Riba Lenovo Legion Y740 Dengan GPU GeForce RTX Mula Ditawarkan Di Malaysia

Awal Januari yang lalu komputer riba Lenovo Legion Y740 dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX telah diumumkan ketika acara CES. Pagi ini pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB GDDR6 atau GeForce RTX 2060 6GB GDDR6 mula ditawarkan menerusi kedai atas talian Lenovo Malaysia.

Pilihan boleh dilakukan pada Legion Y740(17) dan Y740 (15). Spesifikasi lain yang ditawarkan ialah pemproses Intel Core i7-8750H, pilihan memori sehingga 32GB DDR4, storan SSD sehingga 512GB NVMe-PCIe M.2, storan HDD 1TB. Pilihan I/O utama seperti HDMI, mini DP, USB-C Thunderbolt 3, USB-A dan LAN terletak pada bahagian belakang.

Papan kekunci yang disertakan adalah berlampu dengan sistem RGB Corsair iCUE yang menyokong paparan sehingga 16 juta warna. Melengkapi spesifikasi ialah sistem pembesar suara Dolby Atmos dan bateri empat sel sebesar 76 Wh. Harga jualan bermula dari RM8,198 sebuah untuk Y740 (15) dan RM8,464untuk Y740 (17).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2G1Twy0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.