Google Membuang 29 Aplikasi Kamera Kecantikan Kerana Mencuri Gambar Pengguna
Terdapat banyak aplikasi kamera kecantikan yang membolehkan pengguna menangkap gambar swafoto yang cantik mata memandang. Ia biasanya terbina di dalam aplikasi kamera tetapi terdapat juga aplikasi pihak ketiga yang menawarkan lebih banyak fungsi menarik. Tetapi menurut laporan Android Police, 29 aplikasi telah dibuang dari Google Play Store selepas ditemui mencuri data pengguna.
Penarikan dilakukan selepas laman Trend Micro melaporkan aplikasi seperti Pro Camera Beauty, Beauty Camera dan Emoji Camera mencuri gambar pengguna. Ia turut memaparkan iklan yang besar dan kandungan lucah apabila aplikasi dilancarkan. Kesemua aplikasi melepasi saringan Play Protect kerana menggunakan sistem packer yang tidak dianalisa oleh pihak Google.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HPENbi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment