Hi! Welcome Back and Stay Tune! QuadrigaCX Kehilangan Akses Kepada RM800 Juta Kriptowang Dan Wang Tunai Pengguna Gara-Gara Kematian Pengasasnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

QuadrigaCX Kehilangan Akses Kepada RM800 Juta Kriptowang Dan Wang Tunai Pengguna Gara-Gara Kematian Pengasasnya

Kriptowang sering diulas sebagai sejenis matawang yang sangat selamat dari segi sekuriti. Akan tetapi, terdapat waktu-waktu dimana ianya terlalu selamat, seperti apa yang dialami oleh pusat pertukaran kriptowang QuadrigaCX.

QuadrigaCX diasaskan di Kanada, dan adalah salah sebuah pusat pertukaran kriptowang yang cukup terkenal sekali. Ia mempunyai 115,000 pengguna, dan mereka menyimpan kriptowang dan wang tunai sebanyak 250,000 CAD.

Pengasas syarikat tersebut, Gerald Cotten baru-baru ini telah meninggal dunia, dan masalah terbesar untuk QuadrigaCX ialah beliau merupakan satu-satunya orang yang mempunyai kata laluan untuk mengakses simpanan luar talian (cold storage) yang mengandungi kebanyakan kriptowang dan maklumat mengenai wang tunai para pelanggan mereka.

Jennifer Robertson, isteri pengasas QuadrigaCX berkata dia mempunyai komputer riba milik Gerald Cotten yang mungkin boleh membantu mengakses simpanan tersebut.

Tetapi peranti tersebut juga disulitkan dan usaha menyahsulit sedang dijalankan tanpa sebarang berita baik buat masa ini.

Kata laluan yang disulitkan mungkin sangat selamat, tetapi mungkin ini satu pengajaran untuk menyimpan sandaran maklumat tersebut tatkala malang mengundang seperti ini supaya tidak menyusahkan orang lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2MMZnb4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.