Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honor Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar 5G Pada Pertengahan Kedua 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honor Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar 5G Pada Pertengahan Kedua 2019

Huawei telah pun hadir dengan gambar acah mengatakan mereka akan memperlihatkan telefon pintar 5G mereka pada acara MWC 2019 kelak. Selari dengannya, semestinya ramai yang akan tertanya-tanya bilakah sub-jenama pengeluar berkenaan, iaitu Honor akan hadir dengan penawaran lebih kurang sama.

Bercakap mengenainya dalam temuramah baru-baru ini, presiden Honor mengesahkan yang mana mereka sedang membangunkan telefon pintar 5G dan menyasarkan pengenalannya pada pertengahan kedua 2019 kelak.

Buat masa ini, spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui. Mungkin kita boleh menyasarkan penggunaan modem keluaran Huawei tersendiri bersama cip Kirin pada telefon pintar berkenaan.

Apa pun, seperti biasa, walaupun ramai yang berlumba untuk memperkenalkan telefon pintar 5G, ia mungkin masih belum relevan untuk pengguna tempatan. Ini kerana rangkaian 5G masih belum diperkenalkan di Malaysia, dan masih diuji secara tertutup di Cyberjaya. Mungkin ia akan mengambil masa beberapa tahun sebelum peranti 5G ini berbaloi untuk dibeli, dan pada masa yang sama untuk memastikan liputan 5G lebih meluas.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2t1Kh8y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.