Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkasa Transformasi Digital Menerusi Pusat Inovasi Cisco dan Pusat Keselamatan Siber di Singapura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkasa Transformasi Digital Menerusi Pusat Inovasi Cisco dan Pusat Keselamatan Siber di Singapura

Cisco baru-baru ini telah melancarkan Pusat Inovasi Kecemerlangan dan Pusat Keselamatan Siber di Singapura. Kedua-dua pusat ini terletak di Bandar Bisnes Mapletree  dan ianya direka untuk memangkin inovasi digital, pembangunan selaras dengan bidang tumpuan rangka kerja digital untuk tindakan pasaran Singapura.

Chng Kai Fong – Pengarah Urusan Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura telah hadir merasmikan pelancaran turut memberikan pendapat bahawa pelancaran ini tidak hanya membina keupayaan digital baru di Singapura untuk rantau Asia Pasifik, tetapi memberi peluang kepada warga Singapura untuk bekerja dengan minda terbaik di Cisco. Persekitaran yang baik mampu mewujudkan penyelesaian baru dan inovatif kepada transformasi digital dalam industri yang berbeza.

Untuk makluman pembaca juga, Cisco Cybersecurity of Excellence (CCX) ini adalah platform yang akan mengembangkan penyelidikan kecerdasan buatan Cisco serta keupayaan tindak balas keselamatan di rantau Asia Pasifik. CCX terdiri daripada ibu pejabat perisikan ancaman Talos yang baru dan Pusat Operasi Keselamatan Cisco (SOC) yang akan bekerjasama dengan badan kerajaan, industri, dan pihak universiti bagi memperkasakan lagi struktur siber negara dan mengembangkan bakat serantau.

Menurut kajian Cisco baru-baru ini yang berjudul Perspective Read, Steady, Unsure – Teknologi ke Kesediaan Asia Pasifik untuk Transformasi Digital, Keselamatan Siber dan peranti berhubung adalah pemikiran utama para pemimpin perniagaan. Hampir 65% daripada para pemimpin di Asia Pasifik menganggap keselamatan siber ciri paling utama untuk berjaya dalam transformasi digital, terutamanya dalam perkhidmatan kewangan sebanyak 80%. Manakala kaji selidik turut menunjukkan sebanyak 85% syarikat serantau telah menerima pakai teknologi ini dan 42% pula menyatakan bahawa mereka telah membuat peningkatan keselamatan disebabkan oleh pencerobohan akses. Selain itu, aspek peranti berhubung juga dilihat mempunyai kepentingannya tersendiri. Berdasarkan statistik yang diperolehi juga memperlihatkan, 33% pemimpin perniagaan menganggap peranti berhubung ini sebagai keutamaan dan hampir semua 32% telah mengakui dan menerimanya.

Irving Tan – Naib Presiden dan Ketua Operasi Cisco menentuh perihal komitmen Cisco dalam memacu inovasi dan digitalisasi di Singapura dan seluruh Asia Tenggara. Dia menekankan dengan adanya jambatan perkongsian kemahiran, baginya inovatif tidak lagi berlaku di sebalik pintu tertutup makmal R&D sahaja, namun telah mula diwujudkan dalam ekosistem terbuka. Menerusi pemupukan perkongsian tempatan dan global, Cisco menerajui inovasi dalam penyelesaian teknologi canggih yang akan mewujudkan masa depan yang lebih baik buat rantau ini.

Adanya kemudahan sebegini, pihak kerajaan Singapura amat mengalu-alukan peneraju teknologi global seperti Cisco untuk memperdalamkan kemahiran mereka dalam ekosistem  negara dan rantau Asia Pasific.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2SkrKyF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.