Hi! Welcome Back and Stay Tune! TCL Mengumumkan Telefon Pintar Alcatel 1S, 3, 3L Dan Tablet Alcatel 3T 10 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TCL Mengumumkan Telefon Pintar Alcatel 1S, 3, 3L Dan Tablet Alcatel 3T 10

Seperti biasa, di acara MWC Barcelona 2019 – pasti akan terdapat banyak telefon pintar yang dilancarkan. TCL, selain daripada mengumumkan engsel peranti boleh lipat DragonHinge – TCL turut mengumumkan empat peranti baru alcatel. Tiga telefon pintar dan satu tablet.

1. Alcatel 3 (2019)

Click to view slideshow.

Alcatel 3 kali ini adalah berbeza dengan Alcatel 3 tahun lepas. Alcatel 3 (2019) menggunakan skrin bertakuk kecil ‘Super Full View‘ bersaiz 5.9-inci dan hanya mempunyai resolusi HD+ (720×1560). Panel skrin ini menggunakan jenis IPS dengan kemasan 2.5D Dragontail, dijana cip pemproses Snapdragon 439, memori 3/4 GB RAM, storan 32/64 GB dan bateri 3500mAh tanpa sokongan pengecasan pantas. Untuk kamera, ia menggunakan dwi-kamera 13+5 Megapixel dan kamera swafoto 8-Megapixel. Harga peranti ini adalah EUR159 dan EUR 189, iaitu sekitar RM734 dan RM873.

2. Alcatel 3L

Click to view slideshow.

Alcatel 3L adalah ‘adik’ kepada Alcatel 3 (2019). Secara keseluruhan kelihatan sama, tetapi cip yang digunakan adalah Snapdragon 429, memori 2GB RAM dan storan 16GB sahaja. Bateri yang sama, 3500mAh tetapi saiz skrin adalah sedikit lebih besar – 5.94-inci dan jisim yang lebih ringan. Tetapan kamera yang sama, 13+5 Megapixel dan 8 Megapixel. Harga jualan adalah EUR139 iaitu sekitar RM642.

3. Alcatel 1S

Click to view slideshow.

Alcatel 1S adalah kelas permulaan. Mempunyai skrin 5.5-inci dengan resolusi 720 x 1440, rekaan skrin dengan bingkai tebal dan bateri yang kecil – iaitu 3060mAh. Alcatel 1S dijana dengan cip pemproses Spreadtrum SC9863, dipadankan dengan memori 3GB RAM, storan 32GB dan hadir terus dengan Android Pie tidak seperti 3 dan 3L yang hadir dengan Oreo. Kamera utama adalah 13+2 Megapixel dan kamera swafoto 5 Megapixel. Ia akan dijual pada harga EUR109, iaitu sekitar RM503 sahaja.

4. Alcatel 3T 10

Click to view slideshow.

Produk terakhir Alcatel yang diumumkan adalah sebuah tablet 10-inci, Alcatel 3T 10. Ia adalah sebuah tablet 10-inci dengan resolusi 800 x 1280, bateri sebesar 4080mAh, menyokong rangkaian 4G, memori 2GB RAM dan storan 16GB sahaja. Tablet ini memfokuskan kepada audio dan ‘pengganti’ peranti berhubung. Ia hadir dengan dua pembesar suara dengan amplifier AW8737, kemampuan pengecaman suara sejauh 3-meter dan dijana dengan Google Assistant. Cip pemproses tidak diberitahu.

Menariknya, tablet ini turut didatangkan bersama-sama dengan dermaga pembesar suara SK8088G. Tablet ini perlu dipasang melalui pin Pogo dan sebaik sahaja dipasang, paparan Fast-Access Display akan aktif. Secara tidak langsung ia akan bertindak sebagai sebuah paparan pintar. Pembesar suara ini hadir dengan bateri 2000mAh dan driver 5W 40mm. Tablet sahaja akan dijual pada harga EUR179 (~RM827) dan set dengan pembesar suara adalah EUR229 (~RM1057).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tBnCAd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.