Hi! Welcome Back and Stay Tune! TCL Mempatenkan Engsel Peranti Boleh Lipat Tersendiri – DragonHinge - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TCL Mempatenkan Engsel Peranti Boleh Lipat Tersendiri – DragonHinge

TCL adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam menghasilkan peranti Alcatel, Blackberry atau Palm. Terkini, dengan trend peranti boleh lipat yang berleluasa kita sudah tahu yang TCL turut akan hadir dengan peranti boleh lipat tersendiri. Hari ini, TCL dilihat telah mempatenkan engsel peranti boleh lipat mereka tersendiri.

Engsel ini dinamakan DragonHinge. Engsel khas ini menempatkan komponen-komponen mekanikal untuk membolehkan peranti boleh lipat dengan banyak cara/bentuk. Skrin AMOLED tersendiri daripada sub-syarikat CSOT akan dipadankan dengan engsel DragonHinge untuk peranti boleh lipat mereka.

Menurut TCL, dengan engsel bermekanikal seperti ini – ia membolehkan peranti dilipat dengan lancar serta memberi pengalaman penggunaan yang lebih hebat. Tambahan TCL lagi, terdapat tiga perkara penting dalam peranti boleh lipat yang perlu diperhatikan; skrin AMOLED, ketahanan engsel dan juga perisian. Disebabkan itu, TCL tidak akan berlumba dalam arena peranti boleh lipat ini dan akan bersabar sebelum peranti mereka sedia dilancarkan untuk umum.

Di acara MWC Barcelona 2019, TCL turut memperlihatkan beberapa prototaip peranti boleh lipat mereka. Cara lipat peranti-peranti TCL ini mirip kepada peranti Royole FlexPai. Mungkin di masa hadapan kita akan ketahui lebih lanjut mengenai peranti boleh lipat TCL ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2U6ZyRi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.