Akibat melengahkan solat di dunia, ini antara balasan di akhirat kelak… Subhanallah!
Assalamualaikum.
Kisah yang penuh pengajaran buat kita akibat melengah-lengahkan waktu solat. Moga kita dihindarkan daripada perkara ini. Peringatan buat diri sendiri juga. Insha-Allah …
Ikuti penjelasan ustaz ini.
Para malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api nraka yang membara.
Dia menjerit sekuat hati dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang mampu membantunya.
Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran.
Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorang pun tampil membantunya.
Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api nraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…
Tidak ! Rasulullah S.A.W. pernah bersabda ;
“Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dsa-dsa mereka”
Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
“ Solat saya ? Solat saya ? Doa saya ? ”
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang nraka. Bahang api nraka yang membahang terasa menyambar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah nraka jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.
Dia mendapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api nraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.
Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba-tiba terasa tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas.
Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.
Lelaki itu kelihatannya sangat daif.
Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:
“Siapakah anda?”
Orang tua itu menjawab: “Aku lah solat anda”
“Mengapa kamu begitu lewat bantu saya ? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam nraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya ? Kenapaaa… ?”
Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya dan berkata:
“Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir !”
“Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama TV dulu …”
“Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu”
“Awak ingatkah itu semua??”
Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur
Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur
Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan
Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.
Dia bangun dengan cepat dan mengambil wudhu.
Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi.
Dia sedar kesalahannya kini.
Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.
Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan² anda.
Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah-lengahkan solat lagi.
Wallahualam.
The post Akibat melengahkan solat di dunia, ini antara balasan di akhirat kelak… Subhanallah! appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2O0iZsT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment