Richard Yu – Peranti Skrin Boleh Lipat Akan Lebih Mampu Milik Dan Menjadi Kebiasaan Dalam Masa Lima Tahun
Tiga peranti dengan skrin boleh lipat telah dilancarkan secara rasmi setakat ini iaitu Samsung Galaxy Fold, Huawei Mate X dan Royole Flexpai. Harga jualan ketiga-tiga peranti adalah lebih tinggi berbanding peranti biasa. Ini menimbulkan kerisauan teknologi ini akan hanya menjadi gajah putih kerana tidak mampu dimiliki oleh majoriti pengguna. Richard Yu, CEO bahagian peranti mudah alih Huawei percaya ini akan berubah dalam masa lima tahun.
Beliau mengatakan begini di dalam temuramah bersama akhbar Jerman Die Welt. Buat masa ini peranti dijual pada harga yang amat tinggi kerana teknologi baharu yang diperlukan pada sistem skrin itu sendiri. Namun beliau percaya lama kelamaan peranti skrin boleh lipat akan menjadi kebiasaan. Dalam masa dua tahun Huawei mensasarkan harga jualan akan turun bawah 1000 Euro (~RM 4600) sebelum turun lagi ke sekitar 500 Euro (~RM 2300) beberapa tahun selepas itu. Ini adalah harga jualan yang lebih rendah berbanding 2299 Euro (~RM 10600) untuk Mate X.
Di dalam soal inovasi seterusnya pada peranti mudah alih pula, Richard Yu berkata syarikat beliau akan menumpukan kepada teknologi bateri yang mampu bertahan lebih lama, sistem pengecasan yang lebih pantas serta kemampuan kamera yang dipertingkatkan lagi. Di dalam ketiga-tiga kategori ini Huawei boleh dikatakan antara pengeluar yang di hadapan kerana sistem pengecasan 40W mereka kini antara yang terpantsa di pasaran disamping mempopularkan penggunaan lensa sudut ultra lebar.
Tidak seperti CEO Blackberry John Chen, Richard Yu nampaknya lebih optimistik tentang masa depan peranti dengan skrin boleh lipat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TMqbxW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment