Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Akan Menghentikan Sokongan Untuk 3D Vision Pada Bulan April Kelak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Akan Menghentikan Sokongan Untuk 3D Vision Pada Bulan April Kelak

Teknologi 3D ialah teknologi visual yang diperkenalkan lama dahulu, dan menjadi agak popular sekitar tahun 2010 apabila ia diperkenalkan kepada peranti pintar dan kemudiannya pada televisyen dan monitor komputer.

NVIDIA diantara beberapa syarikat yang masih menyokong teknologi 3D melalui teknologi 3D Vision mereka, dimana pengguna boleh menggunakan cermin mata 3D stereoskopik untuk mengolah grafik 3D melalui kad grafik dan paparan skrin mereka.

Akan tetapi, NVIDIA nampaknya bakal mengakhiri sokongan untuk teknologi 3D Vision ini pada bulan April kelak apabila mereka memperkenalkan kemaskini terakhir untuk perisian tersebut.

Sebab yang diberi oleh NVIDIA untuk pengakhiran sokongan teknologi 3D Vision ini adalah kerana mereka ingin memfokuskan usaha mereka terhadap teknologi realiti maya yang sedang membangun secara pesat, dan pada pendapat kami, ia juga adalah kerana sokongan untuk 3D Vision dan pengguna-pengguna yang menggunakannya sangatlah sedikit.

Menurut laporan yang hadir lagi, perisian 3DTV Play yang digunakan untuk menggerakkan permainan 3D pada televisyen pintar dan aplikasi 3D Vision Video Player akan ditawarkan secara percuma hingga hujung tahun 2019.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F673Ty

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.