Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi Prototaip Twitter ‘twttr’ Dilancarkan Buat Beberapa Pengguna iOS Terpilih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi Prototaip Twitter ‘twttr’ Dilancarkan Buat Beberapa Pengguna iOS Terpilih

Twitter adalah aplikasi sosial media yang turut digelar sebagai mikro-blog. Ia adalah tempat di mana pengguna meluah perasaan, berkongsi maklumat, menerbit status diri sendiri atau juga menerbit bebenang yang mengandungi pelbagai topik. Bulan Februari lepas, Twitter mula menjemput pengguna mereka yang ingin mencuba aplikasi baru. Hari ini aplikasi tersebut dilancarkan.

Aplikasi ini adalah ‘twttr‘. Ia hanya dilancarkan kepada pengguna iOS yang mendaftar pada bulan Februari lepas dan hanya beberapa pengguna terpilih sahaja dapat mencuba aplikasi ini hari ini. Menurut Twitter, aplikasi ini akan hadir dengan banyak ciri baru dan meminta pengguna yang terpilih ini bantu proses pembangunan ‘twttr’.

Aplikasi ini masih lagi dalam bentuk prototaip dan terhad kepada pengguna iOS. Tiada butiran mengenai fungsi aplikasi ini, kenapa ia dibangunkan dan bila akan dilancarkan secara terbuka. Kali terakhir nama ‘twttr’ didengari adalah enam tahun lepas, pada hari April Fool. Di mana Twitter mengecas pengguna $5 jika ingin menggunakan huruf vokal.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HzaiVt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.