Apple Memperkenalkan Tali Jam & Kerangka iPhone Dengan Pilihan Warna Baru
Apple pada minggu ini agak aktif dalam menawarkan kemaskini produk mereka. Bersama-sama dengan pengenalan AirPods baru pada hari ini, Apple juga telah menawarkan koleksi tali jam & kerangka iPhone baru dengan sejumlah pilihan warna berasaskan pastel. Ia diperkenalkan sejajar dengan musim bunga yang sedang berlangsung di beberapa buah negara.
Apple telah memperkenalkan pilihan warna delft blue, papaya, dan spearmint yang baru untuk kerangka silikon iPhone XS/XS Max. Apple turut menawarkan pilihan warna cornflower, sunset, dan lilac pada kerangka kulit dan kerangka folio bagi model terbaru iPhone ini.
Apa hang menarik, Apple turut menambah warna baru untuk Charging Case iPhone XS yang kini tidak ditawarkan dalam dua pilihan warna sahaja – hitam & putih. Ia kini ditambah dalam pilihan warna pink sand yang sesuai digayakan oleh wanita.
Tali jam Apple Watch versi getah dan Modern Buckle turut menerima sejumlah warna yang sama seperti kerangka iPhone. Beberapa tali jam yang lain seperti Sport Loop hadir dengan 4 pilihan warna seperti papaya, cerulean, spearmint, dan lilac.
Bagi pengguna yang meminati band Nike, ia telah hadir dalam pilihan black / hyper grape, spruce fog / vintage lichen, dan teal tint / tropical twist. Tali jam Leather Loop hanya ditawarkan dalam dua pilihan warna sahaja iaitu cornflower dan sunset.
Kesemua penawaran ini telah sedia ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Sekiranya anda berminat, anda boleh mengunjungi halaman Apple Store Malaysia dan memilih sejumlah produk yang menepati citarasa anda.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Cp2yBV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment