Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suruhanjaya Eropah Menyaman Google Sebanyak RM6.7 Bilion Kerana Ketidakadilan Dalam Pengiklanan Atas Talian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suruhanjaya Eropah Menyaman Google Sebanyak RM6.7 Bilion Kerana Ketidakadilan Dalam Pengiklanan Atas Talian

Pengiklanan merupakan salah satu daripada model perniagaan paling penting untuk Google. Google Adsense misalnya digunakan oleh banyak laman-laman web di seluruh dunia untuk menjana keuntungan oleh syarikat tersebut kerana ia mudah digunakan, manakala Google Ads pula digunakan oleh pelbagai syarikat untuk mengiklankan barangan mereka.

Terkini, Suruhanjaya Eropah (European Commission) mengumumkan bahawa mereka telah menyaman Google sebanyak €1.45 bilion (~RM6.7 bilion) kerana berlaku tidak adil kepada laman-laman sesawang yang menggunakan perkhidmatan pengiklanannya.

Jurucakap Suruhanjaya Eropah berkata bahawa Google telah menggunakan kedudukannya sebagai platform pengiklanan atas talian yang terutama untuk memastikan bahawa laman-laman web ataupun syarikat-syarikat tidak menggunakan perkhidmatan pengiklanan yang lain dengan syarat dan terma yang tidak munasabah.

Perkara ini juga dikatakan telah berlaku selama sekurang-kurangnya 10 tahun, dan ini perbuatan tersebut melanggar peraturan anti-persaingan Kesatuan Eropah.

Misalnya, sejak tahun 2006, ia telah dilaporkan bahawa Google telah mula meletakkan klausa ekslusif yang mengatakan bahawa laman web yang menggunakan Google Ads atau Adsense tidak dibenarkan untuk meletakkan iklan daripada pesaing-pesaing iklan yang lain.

Pada tahun 2009 pula sebuah klausa diperkenalkan dimana laman-laman web perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Google sebelum iklan-iklan daripada platform pesaing boleh ditunjukkan.

Ini, dan pelbagai lagi peraturan tidak adil menyebabkan Suruhanjaya Eropah melemparkan saman yang sangat besar tersebut terhadap Google. Adakah Google akan menukar terma dan syarat mereka untuk berlaku lebih adil selepas ini?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HGWqZ6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.