Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honor 10i Akan Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honor 10i Akan Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Honor ialah jenama mampu milik bagi mereka yang mencari peranti yang mempunyai spesifikasi setanding dengan peranti Huawei. Hanya minggu lalu Honor 10i telah dilancarkan di Rusia sahaja. Pihak Honor Malaysia pagi ini telah berkongsi imej acah yang mengesahkan Honor 10i akan turut dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam tempoh terdekat.

Honor 10i ialah peranti pertama jenama ini dengan sistem tri-kamera. Dari segi spesifikasi pula ia dilengkapi skrin 6.21-inci IPS LCD FHD+, dijana cip Kirin 710, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 128GB , kamera  utama 24+8+2 Megapixel, kamera swafoto 32-Megapixel dan bateri sebesar 3400mAh.

Sistem tri-kamera dilengkapi sensor sudut lebar, ultra sudut lebar dan pengesan kedalaman. Ini berbeza dengan hanya sensor 13+2 Megapixel pada Honor 10 Lite yang dilancarkan Januari lalu. Kamera hadapan juga dipertingkatkan dari hanya 24-Megapixel. Tiada perbezaan pada spesifikasi lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2U1ftEV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.