Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Tab A (2019) Dilancarkan Dengan Sokongan S-Pen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Tab A (2019) Dilancarkan Dengan Sokongan S-Pen

Samsung baru-baru ini secara senyap telah melancarkan sebuah tablet baru, iaitu Galaxy Tab A (2019). Tablet ini berada dalam kategori peranti kelas pertengahan dan ia membawakan beberapa ciri menarik.

Galaxy Tab A (2019) ini hadir dengan skrin 8-inci berresolusi 1920×1200 panel LCD. Untuk kuasa ia dijana dengan cip yang sama digunakan pada Galaxy M20, iaitu Exynos 7904. Ia dipadankan dengan memori 3GB RAM dan storan dalaman 32GB. Tablet ini turut mempunyai slot kad mikroSD yang menyokong sehingga 512GB.

Untuk kamera utama, ia mempunyai lensa 8MP dan lensa kamera swafoto adalah 5MP. Menariknya, kamera Galaxy Tab A (2019) ini turut menyokong AR Emoji dan mod bokeh Live Focus. Untuk rakaman video, ia menyokong kualiti rakaman FHD.

Tablet ini mempunyai kapasiti bateri 4200mAh dan menjalankan One UI berasaskan Android 9.0 Pie. Ia turut hadir dengan S-Pen terbina dan menurut Samsung, S-Pen ini adalah S-Pen dari Samsung Galaxy Note 8. Tablet ini akan dijual di Cambodia, Laos, Malaysia, New Zealand, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam dan UK. Tiada harga jualan diumumkan lagi, apa-apa pun – sama-sama kita nantikan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FJYBtx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.