Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Anthos’ Adalah Penjenamaan Baru Bagi Platform Perkhidmatan Awanan Google - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Anthos’ Adalah Penjenamaan Baru Bagi Platform Perkhidmatan Awanan Google

Google pada hari ini telah mengumumkan Anthos adalah nama baru kepada Platform Perkhidmatan Awanan milik mereka. Ia merupakan perkhidmatan awanan hibrid yang dijalankan melalui Google Kubernetes Engine.

Apa yang menjadi perhatian, Anthos kini boleh digunakan pada sejumlah perkhidmatan pesaing Google iaitu Amazon AWS dan Microsoft Azure. Melaluinya, Google ingin membolehkan pembangun mengurus dan melancarkan sejumlah tugasan melalui awanan, tanpa perlu risau dengan API dan perkhidmatan yang berbeza.

Untuk merancakkan pertumbuhannya, Google telah sedia menawarkan sejumlah aplikasi Kubernet pada platform awanan ini bermula pertengahan tahun lalu. Mereka juga telah menawarkan platform ini secara terbuka sejak 2014 dan menerima kedudukannya di dalam Linux Foundation.

Pada acara pengenalan Anthos, Google juga turut mengumumkan Cloud Run iaitu platform pengiraan mudah-alih tanpa memerlukan operasi pelayan (serverless). Platform ini akan menggalas segala urusan yang berlaku di dalam infrastruktur awanan pembangun, seperti pemerhatian, konfigurasi, pengskalaan.

Anthos telah ditawarkan dalam bentuk beta dan sedia diuji oleh pihak pembangun. Platform ini akan dilancarkan bersama sokongan daripada hampir 30 perkhidmatan teknologi dan pembangun utama. Antara syarikat yang bakal menyokong platform ini adalah seperti Cisco, MongoDB, HPE, dan VMware.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2uYPe30

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.