Google Meneruskan Penawaran Google+ Untuk Perusahaan Dibawah Nama Baharu, Google Currents
Google sebelum ini telah pun menamatkan penawaran Google+ untuk pengguna umum, sekaligus menamatkan penawaran laman sosial daripada Google berkenaan. Walaubagaimanapun, penamatan berkenaan adalah hanya untuk versi pengguna umum sahaja, sementara untuk perusahaan, pihak Google meneruskannya dibawah nama baharu, iaitu Google Currents.
Bagi anda yang mengikuti perkembangan Google, mungkin sedia maklum yang mana sebelum ini Google pernah hadir dengan penawaran pada nama sama, iaitu sebuah majalah digital yang dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin. Walaubagaimanapun, Google Currents telah pun ditamatkan sebelum ini, dan diintegrasikan ke Google News. Kini, jenama berkenaan digunakan kembali oleh Google, tetapi untuk penawaran laman sosial dikalangan pengguna G Suite.
Melalui Google Currents, ia membolehkan pengguna perusahaan untuk membuat perbincangan dalam syarikat, selain berkongsi pelbagai perkara untuk dibincangkan dalam sesuatu organisasi.
Ia tidak diketahui lagi sama ada Google Currents akan mempunyai permintaan atau sebaliknya. Tetapi, dengan penawaran untuk memudahkan perbincangan dalam organisasi, ia mungkin mempunyai penggunanya tersendiri berbanding Google+ sebelum ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2P3w84M
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment