Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teluk Ha Long antara 35 tercantik dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teluk Ha Long antara 35 tercantik dunia

TELUK Ha Long, Vietnam telah dinobat sebagai antara 35 keajaiban asli paling cantik di dunia dalam senarai akhbar Business Insider yang berpangkalan di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Vietnam.

Menurut laman sesawang agensi berita berpangkalan di Hanoi itu, keindahan Teluk Ha Long di utara wilayah Quang Ninh menjadikannya antara lokasi pelancong yang terkenal di Vietnam.

Ia turut mengesyorkan pelancong agar mengunjungi pulau batu kapur yang menakjubkan serta diiktiraf oleh Unesco dengan bot.

Kawasan pergunungan terapung di teluk itu serta airnya yang berwarna hijau zamrud telah digunakan sebagai lokasi bagi filem seperti Kong: Skull Island.

powered by Rubicon Project
Keajaiban asli Asia lain yang mendapat pujian Business Insider termasuk Hutan Batu, Taman Geologi Bentuk Bumi Zhangye Danxia dan Gua Tianmen di China, Teres Padi Tegalalang di Indonesia dan Pulau Jeju di Korea Selatan.

Sebelum ini, Teluk Ha Long menduduki tempat ke-14 dalam senarai 100 Warisan Dunia Tercantik Unesco 2018 Business Insider.

Dua kali diiktiraf Unesco sebagai tapak warisan global berdasarkan nilai lanskap dan geologinya, Teluk Ha Long telah menjadi satu tarikan kepada pengunjung. Tahun lepas, wilayah Quang Ninh menyambut ketibaan sejumlah 12.3 juta pengunjung, termasuk 5.2 juta warga asing dan meraih sebanyak 24 trilion VND (AS$1.03 bilion) sebagai hasil pelancongan.-- Bernama

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Uab1il

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.