Antutu Mengeluarkan Senarai Peranti Dengan Prestasi Terbaik Sepanjang Mac 2019
Sudah empat bulan berlalu dalam tahun 2019 ini dan semakin banyak peranti telah dilancarkan. Antutu Benchmark yang terkenal dengan perkhidmatan menilai penanda aras prestai peranti telah hadir dengan senarai terkini untuk Mac 2019.
Kali terkahir kami laporkan skor tanda aras ini adalah pada bulan Januari lepas dan ketika itu, siri Huawei Mate 20 dilihat memegang takhta bersama-sama dengan Nubia Red Magic Mars. Tetapi, kesemua peranti ini pada bulan Mac adalah peranti dengan skor paling corot. Ini kerana Snapdragon 855 sudah mula menguasakan banyak peranti dan cip Snapdragon tidak dinafikan antara yang terhebat jika dibandingkan dengan cip Kirin.
Berikut adalah senarai telefon pintar mengikut turutan dari yang tertinggi sehingga yang berada di peringkat paling bawah;
- Xiaomi Mi 9 Transparent Edition – 372072
-
Xiaomi Mi 9 – 371878
-
vivo iQOO Monster – 365430
-
Samsung Galaxy S10+ – 359987
-
Samsung Galaxy S10 – 359217
-
vivo iQOO – 356510
-
Lenovo Z5 Pro GT – 348591
-
Nubia Red Magic Mars – 315200
-
Honor V20 – 306306
-
Huawei Mate 20 X – 303174
Peranti-peranti yang tersenarai adalah variasi China ROM dan juga Kirin dan Snapdragon. Ini kerana, Antutu menguji telefon pintar dari China, jadi Galaxy S10 mereka adalah versi Snapdragon 855. Sejak awal bulan kita nantikan kehebatan Snapdragon 855 akhirnya ia kelihatan dan prestasinya amat menakjubkan. Di Malaysia, peranti Snapdragon 855 pertama adalah Black Shark 2 yang dilancarkan pada awal April.
Sebagai peringatan, markah tanda aras hanyalah nombor semata-mata dan prestasi sebenar adalah bergantung kepada pengguna dari segi cara penggunaan serta keselesaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OF2mn5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment