Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Gmail Kini Boleh Menjadualkan Penghantaran Dan Mencadangkan Subjek Emel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Gmail Kini Boleh Menjadualkan Penghantaran Dan Mencadangkan Subjek Emel

Menghantar emel ialah sebahagian daripada tugas seorang penulis di Amanz. Ratusan emel diterima perlu dibalas dengan pantas. Tetapi kadang kala anda mahu hanya menghantar emel pada waktu tertentu sahaja atas tujuan peribadi. Bagi pengguna Gmail, Google memperkenalkan fungsi menjadualkan penghantaran emel hari ini. Fungsi ini disokong pada versi web dan juga aplikasi.

Selepas emel ditulis, pengguna hanya perlu mengakses pilihan Schedule Send. Empat pilihan masa penghantaran akan diberikan termasuk satu yang dipilih sendiri oleh pengguna. Selain fungsi ini, Gmail turut akan menyarankan tajuk untuk emel secara automatik berdasarkan kandungan yang telah ditulis. Ini adalah kesinambungan kepada fungsi Smart Compose yang diperkenalkan hanya beberapa bulan yang lalu pada aplikasi. Akhir sekali Smart Compose kini menyokong bahasa Sepanyol, Itali, Perancis da Partugis pada kesemua peranti Android. Kesemua fungsi baharu ini diperkenalkan sempena ulang tahun ke lima belas Gmail yang jatuh pada 1 April semalam.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CZI8zR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.