Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Dikatakan Bakal Memperkenalkan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 Pada Penghujung Bulan Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Dikatakan Bakal Memperkenalkan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 Pada Penghujung Bulan Ini

NVIDIA dilihat ingin mengukuhkan lagi kedudukan mereka di pasaran kad grafik pengguna pada semua peringkat. Bulan lalu mereka memperkenalkan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660, dimana walaupun ia menggunakan cip pemprosesan grafik Turing, ia tidak hadir dengan cip Raytracing ataupun Tensor yang memberikan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX ciri Raytracing dan Deep Learning Super Sampling.

Menurut VideoCardz, NVIDIA bakal memperkenalkan sebuah lagi siri kad grafik Turing GTX yang menggunakan cip grafik Turing yang dinamakan NVIDIA GeForce GTX 1650.

Beberapa butiran spesifikasi mengenai kad grafik ini sudahpun diketahui, seperti jenis dan jumlah memori yang digunakan, iaitu memori GDDR5 sebanyak 4GB, dengan bandwidth sebesar 128-bit. Buat masa ini, jumlah teras CUDA yang akan digunakan oleh kad grafik ini juga masih belum diketahui lagi.

Kad grafik ini dikatakan akan menggantikan siri kad grafik NVIDIA GTX 1050 daripada siri sebelum ini, dan ia dijangka bahawa kemampuan kad grafik terbaru ini akan melangkaui prestasi siri kad tersebut.

VideoCardz juga menyatakan bahawa menurut ura-ura oleh pembina-pembina kad grafik, siri kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 ini akan diperkenalkan pada 22 April kelak pada tanda harga sekitar $200 (~RM800).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OH7MO6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.