Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disney Kini Memiliki Pegangan Penuh Keatas Hulu – Tidak Akan Diserap Kedalam Perkhidmatan Disney+ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disney Kini Memiliki Pegangan Penuh Keatas Hulu – Tidak Akan Diserap Kedalam Perkhidmatan Disney+

Disney dikatakan bakal melancarkan perkhidmatan penstriman video mereka, Disney+ tahun ini, tetapi dengan pengambil-alihan syarikat 21st Century Fox, Disney nampaknya juga turut mendapat pegangan majoriti keatas sebuah lagi syarikat penstriman video, iaitu Hulu.

Sebelum pembelian Disney, Hulu dipegang oleh empat konglomerat media terbesar di Amerika Syarikat, termasuklah 21st Century Fox, NBCUniversal, WarnerMedia dan Disney sendiri. Dengan pembelian Fox, Disney dilihat mempunyai pegangan majoriti keatas Hulu.

WarnerMedia dikatakan telah menjual pegangan Hulu mereka kepada Disney, dan lebih menariknya, Comcast, yang sebelum ini memiliki 1/3 daripada syarikat tersebut juga akan menjual pegangan mereka kepada Disney, menjadikan syarikat tersebut pemilik penuh perkhidmatan penstriman tersebut.

Disney juga dikatakan akan mengendalikan perkhidmatan Hulu sebagai pemilik penuh tidak lama lagi, walaupun transaksi pegangan tersebut belum diteruskan.

Butiran khusus mengenai penjualan ini tidak diketahui lagi, tetapi transaksi jualan tersebut hanya akan berlaku menjelang 2024 kelak, dan Comcast akan menerima bayaran minimum $27.5 bilion (RM114 bilion).

Menurut laporan CNN, Hulu akan kekal sebagai perkhidmatan penstrimannya sendiri, dan ini kebarangkalian kerana Hulu mempunyai kandungannya tersendiri, dan Disney mungkin akan menjadikan Disney+ sebagai satu perkhidmatan yang lebih mesra keluarga.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VpyZ9M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.