Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Sedang Menguji Rekaan Baru Google Assistant Untuk Android – Membawakan Tampilan Berasaskan Lutsinar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Sedang Menguji Rekaan Baru Google Assistant Untuk Android – Membawakan Tampilan Berasaskan Lutsinar

Google Assistant telah disertakan pada Android bermula Android 7.0, namun ia tidak menerima sebarang perubahan antaramuka yang besar sejak pengenalannya. Kini Google dilihat sedang menguji antaramuka baru untuk Google Assistant yang mungkin akan diperkenalkan akan datang.

Ia telah diperlihatkan melalui ujian berasaskan A/B, yang mana sesetengah pengguna sahaja yang dapat melihat antaramuka baru ini. Pengguna yang melihat perubahan ini dilaporkan menggunakan aplikasi Google versi 9.84.10.21 yang dijalankan pada peranti Android Q.

Apabila anda mengaktifkan Google Assistant terbaru ini, ia tidak lagi membawakan paparan berwarna putih, dan digantikan dengan paparan baru berasaskan lutsinar. Ia turut menyajikan empat warna Google yang menarik di bahagian bawah, selain mengekalkan butang Settings dan papan kekunci pada kedudukan yang sama.

Walau bagaimanapun, paparan untuk melihat bualan antara pengguna dan Google Asssitant masih sama – dengan mengekalkan latar belakang berwarna putih. Perkara ini mungkin disebabkan ia masih di peringkat awal dan berkemungkinan akan turut ditukarkan pada akan datang.

Perubahan antaramuka baru Google Assistant ini masih tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan kepada pengguna. Namun bagi anda yang menggunakan peranti Android Q, anda mungkin berpeluang untuk melihat paparan Google Assistant baru ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2YvyNrs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.