Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebuah Lagi Tesla Model S Dilaporkan Terbakar Di Hong Kong Ketika Ia Diparkir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebuah Lagi Tesla Model S Dilaporkan Terbakar Di Hong Kong Ketika Ia Diparkir

Tesla ialah syarikat yang mempopularkan kenderaan elektrik. Mereka baru sahaja memperlihatkan kemampuan swapandu sepenuhnya beberapa minggu yang lalu dengan komputer terkini yang dibangunkan sendiri oleh mereka. Tetapi pada penghujung April, sebuah Tesla Model S telah meletup di China. Kini sebuah lagi kes melibatkan model yang sama dilaporkan pula di Hong Kong.

Telsa Model S di Hong Kong telah meletup dan terbakar selepas setengah jam diletakkan di kawasan letak kereta pada Ahad lalu. Menurut laporan media tempatan, pihak bomba mengambil masa 45 minit untuk mematikan kebakaran. Kebakaran berlaku walaupun kenderaan tidak dicas. Pihak Tesla masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden kebakaran yang berlaku ini. Sebelum ini kereta elektrik mereka hanya dilaporkan terbakar selepas terlibat di dalam kemalangan yang serius.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2W3uG8y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.