Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Sony Xperia 2 Tertiris Dengan Skrin 21:9 Dan Sistem Trikamera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Sony Xperia 2 Tertiris Dengan Skrin 21:9 Dan Sistem Trikamera

Sony Xperia 1 diumumkan ketika acara MWC 2019 bulan Februari yang lalu. Ia sehingga ini masih belum ditawarkan di pasaran dengan pra-tempahan dibuka hanya di Eropah dan Amerika Syarikat pada waktu ini. Walaupun begitu, rekaan Sony Xperia 2 telahpun tertiris hari ini menerusi laman Cashkaro.

Sekilas pandang Xperia 2 mempunyai rekaan skrin memanjang 21:9 yang hampir sama dengan Xperia 1. Perbezaan terletak pada trikamera utama yang kini diletakkan pada bucu atas kiri dan bukannya pada paksi tengah panel belakang. Bahagian dahi masih lagi besar bagi menempatkan gagang telinga dan kamera hadapan.

Pengimbas cap jari pula diletakkan pada sisi kanan bersama dengan butang kuasa, suara dan kamera. Skrin peranti ini juga dipercayai hanya sebesar 6.1″ berbanding 6.5″ pada Xperia 1. Tiada maklumat lengkap mengenai spesifikasi melainkan cip Snapdragon 855, memori sebesar 6GB RAM dan bateri sebesar 3000 mAh. Tarikh pelancaran masih lagi misteri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2w7rRVH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.