Google Membawa Sokongan Kapsyen (Sari Kata) Masa-Nyata Untuk Semua Media Terus Pada Telefon Anda
Google pada hari ini sedia menawarkan sokongan kapsyen atau sari kata pada video-video YouTube, sekaligus memudahkan lagi pengguna dengan masalah pendengaran menikmati kandungan berkenaan.
Pada acara Google I/O 2019, Google berkongsi visi dalam memudahkan pelbagai kandungan digital turut dijadikan mesra pengguna dengan masa pendengaran. Untuknya, Google mengumumkan sebuah ciri baru dinamakan Live Caption.
Melalui ciri berkenaan, pengguna boleh mengaktifkannya dan menikmati sokongan kapsyen atau sari kata secara masa-nyata terus pada telefon pintar ketika menikmati pelbagai media – termasuk audio, podcast, video, panggilan video dan sebagainya.
Google mengatakan ia dapat beroperasi terus pada peranti, walaupun tanpa sebarang sambungan WiFi atau selular.
Selain media, ciri berkenaan juga dilihat akan ditawarkan untuk panggilan video dan suara – memudahkan anda memahami apakah yang sedang diucapkan oleh pihak pemanggil.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2PRqSBJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment