Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kajian Microsoft Menunjukkan Ancaman Sekuriti Siber Malaysia Berada Pada Tahap Yang Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kajian Microsoft Menunjukkan Ancaman Sekuriti Siber Malaysia Berada Pada Tahap Yang Tinggi

Minggu lalu, Microsoft telah berkongsikan penemuan mereka ke atas lanskap siber sekuriti Malaysia pada Laporan Perisikan Keselamatan (SIR) Edisi 24. Terdapat beberapa ancaman yang difokuskan pada lanskap negara. Penemuan kajian tahunan ini bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan industri siber pada rantau ini.

Kajian ini mendapati kadar pencerobohan malware cryptocurrency di Malaysia telah mencatat peningkatan 33%. Angka ini dilihat lebih tinggi berbanding purata pencerobohan siber global. Menurut Microsoft, sistem cryptocurrency tidak memerlukan sebarang input pengguna. Kesannya, pengguna berkemungkinan akan kurang sedar kemasukan ancaman siber dan sukar untuk menghapuskan ancaman tersebut.

Seterusnya, meskipun kadar ancaman malware global dilihat menurun sebanyak 34% namun kadar Asia Pasifik mencatat 37% lebih tinggi daripada purata global. Turut difahamkan Indonesia, Filipina dan Vietnam antara yang mencatat malware tertinggi di rantau ini. Peningatan ini disebabkan oleh faktor pembangunan manusia dan kesediaan teknologi dalam masyarakat.

Selain itu, kajian juga mendapati ransomware antara ancaman yang masih aktif di Malaysia dengan catatan kadar 100% lebih tinggi daripada purata global. Perihal ini amat membimbangkan lanskap siber sekuriti negara. Salah satu sebab utama yang menyumbang kepada serangan ransomware adalah kesedaran tentang ancaman tersebut pada organisasi dan individu. Sekiranya tidak diberi penekanan pada sokongan sistem ia mampu menjejaskan rangkaian korporat dan melumpuhkan perkhidmatan kritikal seperti hospital, pengangkutan, dan sistem trafik negara.

Manakala, Malaysia turut menerima ancaman drive-by download. Purata global telah mengalami penurunan yang tinggi sebanyak 22%. Namun Malaysia mengalami serangan ini dengan catatan sebanyak 544% daripada seluruh dunia.  Menerusi drive-by download ini ia mampu mengeksploitasi kelemahan dalam pelayar web, pengaya pelayar, aplikasi, dan sistem pengendalian.

Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran siber kepada orang awam. Penekanan terhadap kepentingan keselamatan siber ini perlu diwujudkan bagi perlindungan yang lebih kukuh untuk ruang siber negara. Sekali gus dapat melancarkan operasi perniagaan tanpa sebarang sekatan ancaman siber.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan aliran ancaman siber terkini serta amalan terbaik yang boleh digunakan oleh organisasi, anda boleh layari pautan dibawah.

Layari: Laporan Perisikan Keselamatan Siber Edisi 24



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Q1ksAm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.