Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realme 3 Pro Dijangka Ditawarkan Pada Harga Bermula RM899 Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realme 3 Pro Dijangka Ditawarkan Pada Harga Bermula RM899 Di Malaysia

Realme bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan dalam beberapa hari lagi, iaitu Realme 3 Pro. Menariknya, kini terdapat beberapa penjual yang telah mula mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar ini, memperlihatkan ia bakal dijual pada harga bermula RM899.

Realme 3 Pro

Realme 3 Pro membawakan spesifikasi sedikit tinggi berbanding versi Realme 3 biasa, selain menyertakan sokongan rakaman gambar lebih baik, bersama-sama bateri bersaiz besar dan sokongan pengecasan pantas.


Dari segi spesifikasi, Realme 3 Pro hadir dengan skrin 6.3-inci FHD+, cip Snapdragon 710, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB, dan bateri 4045mAh. Realme 3 Pro turut menyertakan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 besama-sama dengannya.

Ia menggunakan dwi-kamera belakang 16MP + 5MP, selain kamera swafoto 25MP.

Melalui beberapa penjual yang telah mengambil pra-tempahan untuk dua model, iaitu variasi 4GB RAM dan 64GB storan pada harga RM899, sementara 6GB RAM dan 128GB storan pada harga RM1099.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 14 Mei ini untuk melihat sendiri apakah pengumuman rasmi pihak Realme Malaysia untuk peranti Realme 3 Pro ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/30549H8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.