Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy A80 Melepasi SIRIM Menandakan Pelancaran Semakin Hampir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy A80 Melepasi SIRIM Menandakan Pelancaran Semakin Hampir

Pelancaran global Samsung Galaxy A80 adalah cukup gah di Bangkok bulan lalu lengkap dengan kehadiran kumpulan Blackpink sebagai duta mereka. Peranti dengan sistem trikamera melungsur dan berputar ini direka khusus untuk generasi penstriman langsung. Selepas lebih sebulan diumumkan, pelancarannya di Malysia kini semakin hampir selepas ia melepasi laman SIRIM.

Samsung Galaxy A80 hadir dengan skrin 6.7-inci SAMOLED pada resolusi 2400×1080 pixel, dijana cip Snapdragon 730G, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera dengan kamera utama 48-megapixel f/2.0, lensa rakaman sudut lebar 8-megapixel f/2.2, dan juga kamera 3D TOF. Kamera ini juga turut digunakan untuk rakaman swafoto – dimana ia akan dinaikkan secara mekanikal, dan diputarkan secara automatik untuk rakaman swafoto. Melengkapkan spesfikasi adalah bateri berkapasiti 3700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.

Samsung Malaysia pada awalnya mengesahkan Galaxy A80 akan dilancarkan pada penghujung bulan Mei. Ini menjadikannya peranti yang mensasarkan pembeli ketika musim perayaan kelak.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/309Zkwg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.