Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netflix Memperkenalkan Senarai 10 Siri Televisyen Dan Filem Paling Banyak Ditonton Untuk Pengguna-Pengguna UK Di Media Sosial - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netflix Memperkenalkan Senarai 10 Siri Televisyen Dan Filem Paling Banyak Ditonton Untuk Pengguna-Pengguna UK Di Media Sosial

Netflix, perkhidmatan penstriman siri televisyen dan filem yang cukup terkenal di seluruh dunia biasanya tidak banyak bercakap mengenai siri ataupun filem yang banyak ditonton oleh pengguna-pengguna mereka.

Biasanya pengguna akan perlu melihat pada senarai “Trending Now” untuk melihat siri apakah yang banyak ditonton oleh mereka. Ini tidak begitu jika anda ingin tahu siri apakah yang benar-benar popular di waktu tersebut, kerana susunannya yang rawak.

Baru-baru ini, Netflix UK telah hadir dengan senarai 10 siri televisyen dan filem yang paling banyak ditonton pada bulan April melalui akaun Twitter. Walaupun senarai tersebut tidak mendedahkan jumlah penonton untuk mana-mana siri ataupun filem, ia menunjukkan tajuk-tajuk yang boleh dikatakan popular untuk bulan tersebut.

Menurut Netflix, mereka tidak mengambil kira tarikh siri ataupun filem tersebut, hanya jumlah tontonan pada bulan April, dan untuk dikira sebagai satu tontonan, sekurang-kurangnya 70 peratus daripada satu episod perlu ditonton oleh para pengguna.

Netflix UK menjelaskan lagi bahawa mereka akan menguji mengeluarkan senarai 10 siri/filem paling ditonton secara mingguan bermula minggu ini, dan akan melihat betapa popularnya ciri baru ini.

Mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat akaun Twitter Netflix Asia pula hadir dengan senarai ini. Ia agak menarik untuk melihat siri apakah yang ditonton oleh para pengguna Netflix di seluruh dunia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2JzuIyw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.