Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Google Pixel & Android One Didapati Lebih Lancar Apabila Fungsi Digital Wellbeing Dimatikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Google Pixel & Android One Didapati Lebih Lancar Apabila Fungsi Digital Wellbeing Dimatikan

Digital Wellbeing merupakan fungsi yang membolehkan pengguna memantau masa penggunaan sesuatu aplikasi pada peranti. Ia telah diperkenalkan sejak Android 9.0 Pie, namun fungsi ini menyebabkan sejumlah peranti Google Pixel mengalami isu prestasi.

Perkara ini pada mulanya dilaporkan oleh beberapa pengguna Google Pixel 3 dan 3 XL pada halaman Reddit. Selepas beberapa bulan peranti ini digunakan, mereka mendapati peranti Pixel 3 mereka telah menunjukkan isu penurunan prestasi yang mendadak.

Mujur salah seorang pengguna Pixel 3 telah berjaya menjumpai satu cara penyelesaian selepas daripada beberapa percubaan untuk membaik pulih isu ini. Pada awalnya, beliau telah membuang aplikasi, melakukan cache & system wipe secara sepenuhnya, namun masih tidak mendatangkan hasil.

Beliau kemudiannya terfikir tentang fungsi besar terakhir yang diletakkan oleh Google pada Android 9.0 Pie, dan dari situlah fungsi Digital Wellbeing terlintas di fikiran. Beliau telah mematikan fungsi ini daripada mengesan sejumlah data, dan kemudiannya mendapati ia memberi peningkatan prestasi yang ketara.

Selepas fungsi ini dimatikan, proses pertukaran aplikasi kini semakin lancar dan kurang memberi isu lengah masa ketika membuka paparan papan kekunci. Animasi pembukaan dan pengeluaran aplikasi juga kini semakin pantas, tanpa lagi penglihatan isu lengah masa mikro yang menghantui pada sebelum ini.

Apa yang menarik, cara ini bukan sahaja menambah baik prestasi pada Pixel 3/3 XL, malah untuk kesemua model Pixel dari generasi terdahulu sehingga ke Pixel 3a/3a XL pada saat ini. Cara ini juga dilaporkan berfungsi untuk peranti Android One yang turut didatangkan dengan fungsi Digital Wellbeing secara terbina.

Jadi bagi anda yang memiliki peranti Google Pixel dan Android One, anda mungkin boleh menerima peningkatan prestasi dengan mematikan fungsi Digital Wellbeing ini. Fungsi ini dapat dimatikan melalui halaman Settings > klik pada Digital Wellbeing > tekan butang aksi tiga titik > dan klik pada Turn off usage access. Pada halaman Usage access, pergi ke Digital Wellbeing dan matikan fungsi permit usage access.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Q015Yc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.