Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vivo V15 Blossom Pink Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Hanya RM1299 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vivo V15 Blossom Pink Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Hanya RM1299

Vivo V15 adalah peranti kelas pertengahan terbaru daripada Vivo. Ia adalah ‘adik’ kepada Vivo V15 Pro, yang mana V15 mempunyai spesifikasi yang sedikit lebih rendah. Vivo V15 dijana dengan cip Helio P70 yang dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Pada awal pelancaran, Vivo V15 dijual pada harga RM1399 dan menawarkan dua pilihan warna – merah dan biru. Hari ini, Vivo telah melancarkan satu warna baru untuk pasaran Malaysia – Blossom Pink. Ia adalah warna merah jambu cerah berkrim di mana satu sudut nampak seakan putih dan sudut lain nampak merah jambunya.

Warna ini juga adalah warna edisi terhad yang mana Vivo turut berkolaborasi bersama-sama dengan produk SimplySiti daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Vivo V15 Blossom Pink ini hanya istimewa pada warna sahaja, spesifikasi lain-lain adalah sama seperti kamera utama gabungan 12+8+5 MP dan kamera swafoto pop-naik 32MP. Kemudian skrin 6.59″ LCD dan juga kapasiti bateri 4000mAh.

Harga Vivo V15 Blossom Pink dijual pada harga RM1299 dan dengan kolaborasi bersama-sama SimplySiti ini, pembeli akan menerima percuma pelembap udara berwarna merah jambu dengan setiap pembelian Vivo V15 Blossom Pink. Bukan itu sahaja, bagi 1000 pembeli terawal yang membeli di kedai fizikal Vivo akan menerima baucar RM50 untuk membeli produk-produk SimplySiti termasuk produk terbaru SimplySiti Red Collection. Bagi yang berminat, ia mula dijual pada 18 Mei ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2JmG8qb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.