Fitbit Turut Melancarkan Fitbit Premium – Perkhidmatan Langganan Bimbingan Kesihatan
Hari ini Fitbit Versa 2 telah dilancarkan. Ia adalah jam tangan pintar memfokuskan kecergasan dengan skrin OLED dan integrasi Alexa. Ia akan dijual di Malaysia pada harga RM998 bermula September kelak.
Bersama-sama dengan itu, Fitbit turut memperkenalkan Fitbit Premium. Ia adalah perkhidmatan langganan bimbingan kesihatan peribadi. Fitbit Premiun akan menggunakan data-data yang diperoleh daripada jam tangan pengguna dan akan membimbing pengguna untuk mencapai matlamat kesihatan mereka. Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kesihatan, Fitbit Premium akan memberi nasihat untuk pengguna bergerak lebih, tidur nyenyak, makan mengikut program khas, nasihat peribadi, ribuan senaman, laporan kesihatan dan banyak lagi.
Semasa hari pelancaran, antara program yang akan ditawarkan adalah; Intro to Healthy Habits, Get More Zzz’s, Habits for Restful Sleep, Get Active, Beginner Running, Run Training, Understand Calories, Kick Your Sugar Habit dan Kick Your Salt Habit. Harga langganan yang ditawarkan adalah RM39 sebulan dan RM335 setahun. Untuk menggalakkan lagi pengguna lebih sihat, semua pengguna Fitbit sedia ada (produk-produk lama) akan menerima satu minggu langganan percubaan. Manakala, pengguna yang membeli Fitbit Versa 2 Special Edition akan menerima 3 bulan langganan percuma.
Dari pada apa yang kami faham, Fitbit Premium dilihat lebih sesuai untuk pengguna yang tidak gemar ke gim – tetapi masih ingin menjaga kesihatan dan menerima bimbingan secara peribadi dengan mudah.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment