Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara Lima Tahun Dipersetujui Jemaah Menteri – Akan Memakan Belanja RM21.6 Bilion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara Lima Tahun Dipersetujui Jemaah Menteri – Akan Memakan Belanja RM21.6 Bilion


Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) pada pertengahan tahun ini untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan di arena digital yang semakin membangun setiap hari.

Apabila ia dilancarkan, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut memperkenalkan sasaran dimana 98 peratus daripada kawasan populasi di Malaysia akan menerima sambungan internet sepantas sekurang-kurangnya 30Mbps menjelang tahun 2020 dan di semua ibu negeri menjelang tahun 2023.

Terkini, pihak SKMM telah mengumumkan bahawa jemaah menteri telah bersetuju untuk melaburkan wang sebanyak RM21.6 bilion untuk merealisasikan pelan lima tahun ini.

Dana ini akan disalurkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan pembekal melalui Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) secara pembiayaan penuh, pembiayaan sepadan, ataupun pembiayaan sebahagian bagi syarikat-syarikat yang layak.

Untuk memastikan syarikat-syarikat ini menjayakan pelan lima tahun NFCP ini, KKMM akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyelaras penyediaan perkhidmatan internet ini di kawasan-kawasan kritikal seperti hospital, balai polis dan perpustakaan, disamping memastikan bahawa infrastruktur sedia ada dioptimasikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.