Google Akan Memindahkan Pengilangan Telefon Pintar Pixel Ke Vietnam
Perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China semakin meruncing dengan kedua-dua negara nekad mengenakan tarif yang tinggi ke atas produk yang diimport masuk. Ia dipercayai antara sebab mengapa Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti Mei lalu. Pada waktu yang sama banyak pengeluar mula memindahkan pengilangan produk mereka keluar dari China sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut laporan Nikkei hari ini, Google akan memindahkan pengilangan telefon pintar Pixel mereka dari China ke Vietnam. Ini ialah langkah kedua mereka selepas dilaporkan memindahkan pengilangan produk Nest ke Malaysia Jun lalu. Pengilangan akan dilakukan FIH Mobile yang merupakan anak syarikat Foxconn. Adalah dipercayai sebuah kilang yang dahulunya dimiliki Nokia akan digunakan untuk menghasilkan Pixel.
Langkah ini diambil kerana lebih 70% jualan telefon pintar Pixel adalah dari Amerika Syarikat. Pengenalan tarif ke atas produk buatan China akan menyebabkan peningkatan harga sekitar 20% dan pastinya memberikan impak yang besar.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment