Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mate 30 Dijangka Dilancarkan Pada 18 September – Tanpa Penawaran Perkhidmatan Google? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mate 30 Dijangka Dilancarkan Pada 18 September – Tanpa Penawaran Perkhidmatan Google?


Huawei mempunyai dua telefon pintar mercu pada setiap tahun, satu dibawah siri-P, dan satu lagi dibawah siri Mate. Selepas kejayaan pengenalan Huawei P30 sebelum ini, kini Huawei dalam persediaan untuk melancarkan telefon pintar mercu mereka yang seterusnya, iaitu Huawei Mate 30.

Menurut Reuters, Huawei dijangka memperkenalkan telefon pintar Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro pada 18 September 2019 ini.

Apa pun, apa yang menjadi persoalan adalah berkenaan dengan penyertaan sokongan aplikasi Google – termasuk Play Store pada peranti baru berkenaan.

Baru-baru ini kerajaan Amerika Syarikat telah melanjutkan tempoh dagangan bersama Huawei selama 90 hari lagi. Namun, menurut laporan Reuters, ia dikatakan peranti baru tidak tertakluk dibawah lanjutan tempoh dagangan ini.

Ini sekaligus membawa kepada persoalan sama ada ia akan menyertakan Google Play Store dan perkhidmatan Google lain atau tidak.

Huawei sedia memperkenalkan sistem operasi mereka dinamakan Harmony OS sebelum ini, namun yang menjadi persoalan adalah adakah ia akan mempunyai penawaran aplikasi seperti di peranti Android lain atau tidak.

Unifi App Gallery

Walaupun di China, Huawei tidak akan mempunyai masalah, namun diluar China, ramai yang bergantung kepada perkhidmatan Google, dan ia akan menjadi salah satu sebab peranti berkenaan dipilih pengguna.

Apa pun, pihak Huawei mungkin mempunyai perancangan tersendiri, dan sama-sama kita nantikan bulan September ini untuk melihat kejutan pihak Huawei dengan penawaran baru mereka.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.