Alibaba Cloud Mengumumkan X-Dragon Architecture Generasi ke-3 – Turut Membawakan ECS Generasi ke-6
Pada hari kedua acara Apsara Conference, Alibaba Cloud telah mengumumkan beberapa perkhidmatan terbaru yang akan ditawarkan mereka. Mengambil subjek utama adalah X-Dragon Architecture Generasi Ketiga yang baru diumumkan.
X-Dragon Architecture merupakan tulang belakang kepada sistem Alibaba Cloud dan menampung banyak perkhidmatan pengkomputeran awan mereka. Untuk Generasi Ke-3 ini, pelayan fizikal dan juga pengkomputeran maya (virtual machines) berada pada satu asas yang sama.
Menurut mereka lagi, dengan pembaharuan ini, sistem pengkomputeran awan ini dapat menampung lebih banyak permintaan per-saat (QPS: Query-per-second) sebanyak 30% dan mengurangkan sela masa sebanyak 60% sekaligus dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan juga mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 50%.
Bersama-sama pembaharuan ini, mereka turut mengumumkan kemaskini perkhidmatan ECS (Elastic Container Services) Generasi ke-6. Elastic Container Services adalah perkhidmatan yang boleh diskala-naik sejajar dengan kenaikan trafik internet dari pengguna, dan akan berkurang secara automatik apabila kurangnya permintaan tersebut.
ECS Generasi ke-6 ini dapat memberikan penambahbaikan sebanyak 20% dalam kuasa perkomputeran awan, 30% pengurangan sela masa memori pelayan dan juga 70% pengurangan sela masa IO didalam sistem.
Kemaskini sistem ini akan dimulakan tahun hadapan terhadap kesemua pelayan mereka di semua ‘Availability Zones’ sejajar dengan persiapan Alibaba sebagai rakan kerjasama perkomputeran awan untuk Sukan Olimpik 2020.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment